...

Anugerah Agensi Teknikal Luaran (ATL)

Anugerah Agensi Teknikal Luaran (ATL) Berprestasi Tinggi sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen jabatan selaku agensi teknikal utama dalam bidang perancangan bandar dan desa. Anugerah ini mengiktiraf peranan aktif PLANMalaysia Melaka dalam menyokong pembangunan tersusun melalui khidmat nasihat teknikal yang berkualiti, cekap dan berfokus kepada penyelesaian.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Haji Mohd Zin dan diterima oleh TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka, yang mewakili seluruh warga kerja PLANMalaysia Melaka dalam Program Komuniti MADANI Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah disempurnakan oleh YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Haji Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka pada 24 Januari 2026. Penerimaan anugerah ini mencerminkan kepimpinan berwibawa beliau dalam menerajui jabatan ke arah perancangan pembangunan yang lebih strategik dan berimpak tinggi.
# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy