...

MANUAL LCP KMTT

MANUAL LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN BAGI PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG TEMPOH TERHAD (KMTT) 

  • Manual Laporan Cadangan Pemajuan Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) di Negeri Melaka peruntukan seksyen 21A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] menghendaki Laporan Cadangan Pemajuan (LCP KMTT) dikemukakan sebagai dokumen tambahan untuk permohonan Kebenaran Merancang (KM).

  • Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) pula merupakan permohonan KM seperti yang dinyatakan mengikut peruntukan perenggan 22(5)(a) Akta 172 iaitu syarat KM hanya diberikan untuk suatu tempoh yang terhad sahaja. Setelah tamat tempoh KM tersebut, penggunaan tanah atau bangunan itu hendaklah dikembalikan semula kepada kegunaan asalnya.

  • Manual Laporan Cadangan Pemajuan Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) ini disediakan sebagai rujukan utama dalam memastikan penyediaan dokumen LCP KMTT yang lebih berkualiti dan bersesuaian untuk pelbagai jenis permohonan dan saiz pemajuan serta memenuhi semua syarat setiap jabatan dan agensi yang terlibat.

  • Manual LCP KMTT ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Melaka Bil. 1/2023 bertarikh 7 Mac 2023. Semua permohonan KMTT akan menggunapakai Manual Laporan Cadangan Pemajuan Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) ini semasa permohonan dikemukakan ke PBT.

  • Kategori KMTT adalah merujuk kepada Garis Panduan Perancangan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad Negeri Melaka yang telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancvang Negeri Melaka Bil.3/2021 bertarikh 4 Oktober 2021  seperti berikut:-
  • Perubahan Material Penggunaan Bangunan.
  • Perubahan Material Penggunaan Tanah.
  • Pemajuan Infrastruktur.
  • Pemajuan Aktiviti Pertanian yang dijalankan di atas tanah pertanian persendirian dan tanah yang diberikan TOL/ Pajakan Tanah Rezab.

Manual boleh dimuat-turun di bawah atau imbas QR-Code berikut :-
No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Manual LCP KMTT
Tarikh Dimuatnaik: 01 May 2023
Saiz: 2.07 MB
01 May 2023
PDF | 2.07 MB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy