.png)
PENGENALAN
Akta Perancangan Bandar dan Desa ,1976 Akta 172) merupakan asas perundangan di dalam penyediaan Rancangan Fizikal Negara.Bagi memastikan kesesuaian dan perubahan dengan keperluan semasa, Sub Seksyen 6B(4) Akta 172 menetapkan keperluan RFN untuk dikaji semula setiap lima tahun selaras dengan Kajian Semula Rancangan Malaysia Lima Tahun, atau apabila diarahkan oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).
Rancangan Fizikal Negara Kempat (RFN4) memberi penekanan khusus dalam menentukan corak perancangan fizikal negara melalui pembentukan strategi dan tindakan khusus meliputi corak pembangunan guna tanah, pertumbuhan ekonoki, pengekalan dan pengurusan sumber, penyepaduan dan penambahbaikan rangkaian pengangkutan dan infrasturktur negara dan penaiktarafan kualiti hidup dan kesejahteraan negara. RFN4 disediakan melalui perundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sertamengambil kira dasar-dasar perancangan atau dasar-dasar lain yang berkaitan ke arah mencapai kemakmuran, kemampanan dan kesejahteraan negara. RFN4 disediakan meliputi kawasan Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, tidak termasuk Negeri Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri tertakluk kepada perundangan yang berbeza.
Sumber diperolehi dari Laman Web Rasmi JBPD Semenanjung Malaysia https://www.planmalaysia.gov.my