...

LATAR BELAKANG

  PROFIL

Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Melaka bermula pada tahun 1960 apabila Jabatan Perancangan Bandar dan Kampung Negeri Sembilan/ Melaka ditubuhkan di Seremban. Pada September 1973, Jabatan ini telah dikembangkan dengan tertubuhnya pejabat cawangan di Jalan Laksamana.

Tanggal 1 Januari 1977, bermulalah detik sejarah apabila Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka ditubuhkan untuk menggantikan cawangan tersebut. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Melaka kini terletak di dalam Bangunan Wisma Negeri, Melaka. Lokasi bangunan ini adalah di kawasan Melaka International Trade Centre, Ayer Keroh Melaka yang menempatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Secara amnya, JPBD Melaka berperanan penting sebagai penasihat kepada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam urusan perancangan dan pembangunan spatial melalui aktiviti-aktiviti penyediaan rancangan pembangunan, kawalan pembangunan dan penyediaan pelan-pelan susunatur bagi kawasan-kawasan perkampungan, perumahan, perindustrian, pelancongan dan sebagainya. Perkembangan fungsi dan tanggungjawab Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dapat dilihat berdasarkan kepada penglibatan serta keanggotaannya di dalam berbagai jawatankuasa di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan kerajaan tempatan.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy