AYER KEROH, 1 Julai – Bersempena dengan hari pertama kepimpinan baharu di PLANMalaysia Melaka, jabatan turut menerima kehadiran TPr Abdul Rasyid bin Zainal yang memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah berkuat kuasa 1 Julai 2026.
Kehadiran beliau adalah selari dengan permulaan kepimpinan TPr Sulaiman bin Mohammad sebagai Pengarah PLANMalaysia Melaka, sekali gus memperkukuh barisan pengurusan jabatan dalam meneruskan agenda perancangan bandar dan desa di Negeri Melaka.
Seluruh warga PLANMalaysia Melaka mengalu-alukan kehadiran TPr Abdul Rasyid bin Zainal serta merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas. Semoga beliau bersama kepimpinan baharu jabatan akan terus menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi serta memperkasakan agenda perancangan dan pembangunan Negeri Melaka.