Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (PLANMalaysia Melaka) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia yang tercinta.
Hari Kebangsaan bukan sekadar tarikh bersejarah, tetapi lambang keringat, pengorbanan dan perjuangan wira-wira bangsa yang telah menggadaikan jiwa dan raga demi kemerdekaan tanah air. Kini, menjadi tanggungjawab kita untuk mengisi kemerdekaan ini dengan perpaduan, keutuhan semangat patriotik, serta tekad membina Malaysia yang maju, makmur dan berdaulat.
Marilah kita terus memelihara keharmonian, memperkukuh toleransi serta menyalakan obor cinta kepada negara tercinta ini. Bersama-sama, kita jadikan perbezaan sebagai kekuatan, dan semangat Malaysia Madani sebagai panduan untuk masa depan yang lebih gemilang.
MALAYSIA MADANI :KESEJAHTERAAN DINIKMATI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
(PLANMalaysia Melaka)
Aras 5, Wisma Negeri,
Hang Tuah Jaya, M.I.T.C,
75450 Ayer Keroh,
Melaka