...

SESI KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) KE PLANMALAYSIA MELAKA

AYER KEROH, 9 April – PLANMalaysia Melaka hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pasukan Kajian Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diketuai oleh YBrs. Profesor Dr. Ahmad Zaki A. Bakar, Dekan Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK), UTeM. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka bersama barisan pengurusan tertinggi jabatan.

Tujuan utama sesi kunjungan hormat ini adalah untuk mendapatkan pandangan daripada jabatan berkenaan Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Jambatan Moden Merentasi Selat Melaka dari Telok Gong, Melaka ke Dumai, Sumatera, Indonesia yang sedang dijalankan pada ketika ini.

PLANMalaysia Melaka sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan bagi memperkukuh pembangunan di Negeri Melaka yang lebih mampan dan berdaya saing.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy