DURIAN TUNGGAL 2 November 2025 - Kerajaan Negeri Melaka hari ini telah mengadakan Hari Aduan Rakyat Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Peringkat DUN Durian Tunggal yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka.
Pada hari ini, PLANMalaysia Melaka sekali lagi terlibat sebagai pempamer bagi Aspirasi Melaka 2040 sebagai salah satu inisiatif merakyatkan perkhidmatan awam kepada masyarakat. Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada mobilisasi awal bagi penyediaan Rancangan Struktur Negeri Melaka 2040 dan peluang untuk rakyat bertemu secara terus dengan agensi kerajaan dan menyalurkan aduan serta pandangan.