...

JAWATANKUASA TEKNIKAL JAWATANKUASA PERANCANGAN NEGERI MELAKA (JTJPN) PERHALUSI 9 KERTAS STRATEGIK , PACU PEMBANGUNAN MAMPAN NEGERI

AYER KEROH, 20 April – PLANMalaysia Melaka telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Perancang Negeri (JTJPN) Melaka Bil. 1/2026 di Ayer Keroh, hari ini.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap perancangan pembangunan di Melaka dilaksanakan secara terancang, inklusif dan mampan.

Pada sesi kali ini, sebanyak tiga (3) kertas kerja dasar dan enam (6) kertas kerja persetujuan telah dibentangkan serta diperhalusi oleh ahli mesyuarat. Perbincangan memberi penekanan kepada aspek pembangunan fizikal, penyelarasan dasar serta kelestarian alam sekitar selaras dengan hala tuju pembangunan negeri.

Dalam mesyuarat tersebut YBrs. TPr Sulaiman bin Mohamad dan YBrs. TPr Gs Dr. Yong Chee Kong dari PLANMalaysia Ibu Pejabat turut membentangkan kertas kerja yang masing-masing berkaitan Draf Rancangan Fizikal Negara Ke-5 dan Draf Dasar Perbandaran Negara Ke-3. Pembentangan tersebut telah memberikan input yang signifikan dalam memperkukuh hala tuju perancangan pembangunan negara dan negeri secara lebih bersepadu, strategik dan mampan.

Segala kertas kerja yang dibincangkan akan diteliti dengan lebih mendalam sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Melaka yang akan datang bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan di peringkat tertinggi.

Melalui platform JTJPN ini, PLANMalaysia Melaka bersama agensi-agensi teknikal berkaitan memainkan peranan penting sebagai badan penyelaras dalam memastikan setiap keputusan pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan ke arah menjadikan Melaka sebuah negeri maju, hijau dan berdaya tahan.

YB Datuk Pengerusi turut menzahirkan harapan agar penelitian semua pihak berkepentingan, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan teknikal dan agensi kerajaan, dapat diteruskan bagi memastikan pembangunan negeri berjalan seiring dengan kepentingan rakyat serta kelestarian masa hadapan.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy