...

KARNIVAL ASAHAN MERIAH,ASPIRASI RAKYAT JADI TERAS PERANCANGAN NEGERI

ASAHAN, 11 April – Program Komuniti Sejahtera @ Karnival Asahan Kampung Kita yang diadakan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan berlangsung dengan meriah di Taman Rekreasi Nyalas Permai, menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam suasana penuh harmoni dan semangat kebersamaan.

PLANMalaysia Melaka turut mengambil bahagian sebagai pempamer dengan menampilkan produk dan inisiatif strategik jabatan yang berteraskan perancangan bandar mampan. Antara yang diketengahkan ialah Pelan Perancangan Pembangunan Kawasan DUN Asahan sebagai panduan pembangunan setempat, Aspirasi Melaka 2040 yang berperanan mengumpul pandangan rakyat bagi menyokong penyediaan Rancangan Struktur Negeri Melaka 2040, serta paparan inovasi digital seperti Melaka Urban Observatory dan sistem Kubur Digital. Kesemua produk ini mencerminkan pendekatan perancangan berasaskan data, teknologi dan penglibatan komuniti dalam merangka hala tuju pembangunan negeri.

Penyertaan PLANMalaysia Melaka diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Syukri bin Yahya, Timbalan Pengarah (Pembangunan), bersama barisan pegawai yang komited dalam menyampaikan maklumat serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada masyarakat setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Zulkiflee Mohd Zin, Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, mewakili YB Datuk Rais Yasin, EXCO Kanan portfolio berkenaan. YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, turut menyantuni pengunjung serta menyokong pelaksanaan program berteraskan kesejahteraan rakyat di kawasan DUN Asahan. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Rahizi bin Ranom, Pegawai Daerah dan Tanah Jasin serta YBrs. Tuan Zahiruddin bin Mohd Zahari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin.

Penganjuran program ini dilihat sebagai platform penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat, di samping memberi ruang kepada komuniti untuk menyuarakan pandangan serta aspirasi mereka. Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan yang dirancang adalah lebih inklusif, mampan dan memenuhi keperluan sebenar rakyat menjelang tahun 2040.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy