...

PERBINCANGAN CADANGAN ZON EKONOMI ANJUNG SELATAN (ZEAS) ANTARA KERAJAAN NEGERI MELAKA DAN NEGERI JOHOR

AYER KEROH, 5 Jun 2025 – PLANMalaysia Melaka hari ini yang diketuai oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka telah dijemput untuk menyertai perbincangan bagi cadangan Zon Ekonomi Anjung Selatan (ZEAS) antara Kerajaan Negeri Melaka dan Negeri Johor.

Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Datuk Saiful Hazwa bin Kipli, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan) yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Dato’ Haji Asman Shah bin Abd. Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan) yang mewakili Kerajaan Negeri Johor.

ZEAS merupakan suatu inisiatif baharu dalam peringkat cadangan oleh Kerajaan Negeri melibatkan koridor pembangunan baharu di tiga (3) buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dengan empat (4) sektor utama yang akan diberi tumpuan iaitu pelaburan, pelancongan, pertanian dan infrastruktur. PLANMalaysia Melaka komited untuk membantu Kerajaan Negeri merealisasikan inisiatif ini untuk memacu pertumbuhan di wilayah selatan dan Negeri Melaka, khasnya.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy