Hari ini, rakyat Malaysia bersatu hati meraikan detik bersejarah pembentukan negara tercinta. Dari desa ke kota, Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak — inilah tanah air yang kita bangunkan bersama dengan semangat perpaduan yang tidak pernah luntur.
Tema tahun ini, “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, mengingatkan kita bahawa kekuatan negara bukan sahaja pada kemajuan fizikal, tetapi juga kesejahteraan rakyat dan keharmonian masyarakat. Pembangunan bandar yang terancang, persekitaran yang lestari serta kemudahan yang inklusif menjadi asas kepada kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.
Marilah kita berganding bahu memelihara keharmonian, memperkukuh perpaduan, dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, selesa didiami serta dihormati di mata dunia.
Selamat Hari Malaysia!
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
(PLANMalaysia Melaka)
Aras 5, Wisma Negeri,
Hang Tuah Jaya, M.I.T.C,
75450 Ayer Keroh,
Melaka