TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA, BUDIMU TERPAHAT SELAMANYA, MELANGKAH KE DESTINASI BAHARU, MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada TPr Abdulhan bin Abd Lamit atas pelantikan sebagai Pengarah, PLANMalaysia Johor yang berkuat kuasa mulai 11 Mei 2026.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan, kepimpinan serta tunjuk ajar yang telah dicurahkan sepanjang menerajui PLANMalaysia Melaka bermula 4 September 2023 hingga 11 Mei 2026.
Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai kenangan, pengalaman dan kejayaan telah dilakar bersama seluruh warga kerja PLANMalaysia Melaka. Segala bimbingan, kebijaksanaan dalam memimpin serta komitmen yang diberikan akan sentiasa dikenang dan dihargai.
Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dalam menggalas amanah baharu di bumi Johor.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Budimu akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga PLANMalaysia Melaka.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
(PLANMalaysia Melaka)
Aras 5, Wisma Negeri,
Hang Tuah Jaya, M.I.T.C,
75450 Ayer Keroh,
Melaka