...

TAKLIMAT MHI 2024 PERKUKUH PERANCANGAN BANDAR BERTERASKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

AYER KEROH, 7 Mei - PLANMalaysia Melaka telah mengadakan sesi Taklimat Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (Malaysia Happiness Index – MHI) dan Negeri Melaka Tahun 2021 & 2024 pada 7 Mei 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka. Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Syukri bin Yahya, Timbalan Pengarah (Pembangunan).

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Azmi bin Ali, engarah Perangkaan Negeri Melaka yang memberi fokus kepada dapatan terkini MHI yang dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui pengukuran tahap kesejahteraan subjektif rakyat berdasarkan empat dimensi utama iaitu fizikal, sosial, emosi dan spiritual. Berdasarkan penerbitan terkini DOSM, Negeri Melaka mencatat skor indeks kebahagiaan sebanyak 7.83 bagi MHI 2024 dan berada dalam kelompok negeri dengan tahap kebahagiaan tinggi di Malaysia.

Sesi pembentangan turut menghuraikan komponen pengukuran yang melibatkan aspek kekeluargaan, kesihatan, hubungan sosial, keselamatan, pendapatan, perkhidmatan awam, keseimbangan kehidupan dan amalan kerohanian sebagai indikator utama dalam menilai tahap kesejahteraan rakyat. Dapatan ini dilihat signifikan dalam membantu agensi perancang dan pihak berkuasa tempatan menilai keberkesanan dasar pembangunan bandar secara lebih holistik dan berorientasikan kesejahteraan rakyat, selaras dengan agenda pembangunan mampan serta konsep liveable city dan people-centric planning.

Antara agensi yang terlibat dalam sesi taklimat ini ialah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Penganjuran sesi ini diharap dapat memperkukuhkan integrasi data statistik rasmi dalam proses perancangan spatial, penyediaan dasar pembangunan negeri serta penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat Negeri Melaka.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy