SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE -17 MELAKA SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
Pada 7 Julai 2008, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menganugerahkan status Tapak Warisan Dunia secara bersama kepada Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang. Kedua-dua bandar ini menepati tiga (3) daripada enam (6) kriteria yang disenaraikan iaitu:
- Kriteria II: Melaka dan Georgetown merupakan contoh bandar kolonial bersejarah yang cukup menarik di Selat Melaka yang memaparkan pengaruh budaya dan pensejarahan yang berturutan hasil daripada fungsi kedua-duanya sebagai pelabuhan perdagangan yang menyambungkan dunia Timur dan Barat.
- Kriteria III: Melaka dan Georgetown mewakili contoh bandar dagangan pelbagai budaya dunia Timur dan Asia Tenggara yang terbina hasil asimilasi budaya Melayu, Cina dan India dengan tiga kuasa kolonial Eropah secara berturutan selama hampir 500 tahun.
- Kriteria IV: Melaka dan Georgetown mempunyai bukti sahih yang masih kekal tentang warisan hasil daripada asimilasi pelbagai budaya dan tradisi Asia dengan pengaruh kolonial Eropah.
Dalam pada itu, PLANMalaysia Melaka bersama agensi teknikal lain telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tapak Warisan Dunia Melaka (Penggantian) yang memberi manfaat kepada perlindungan Nilai Keunggulan Sejagat di kawasan berkenaan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
(PLANMalaysia Melaka)
Aras 5, Wisma Negeri,
Hang Tuah Jaya, M.I.T.C,
75450 Ayer Keroh,
Melaka